Antara kelebihan-kelebihan bulan Ramadhan yang umumnya
diketahui :
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ
رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ عَنِ
النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ
وَسَلَّمَ قَالَ إِذَا كَانَ
أَوَّلُ لَيْلَةٍ مِنْ شَهْرِ رَمَضَانَ
يُنَادِي مُنَادٍ يَا بَاغِيَ
الْخَيْرِ أَقْبِلْ وَيَا بَاغِيَ الشَّرِّ
أَقْصِرْ وَلِلَّهِ عُتَقَاءُ مِنْ النَّارِ وَذَلكَ
كُلُّ لَيْلَةٍ. (رواه الترمذي والنسائي)
Dari Abu Hurairah
r.a., dari Nabi Muhammad s.a.w., sabdanya: "Apabila bermula malam yang
pertama dari bulan Ramadhan .. menyerulah malaikat, katanya: "Wahai
orang-orang yang mahukan kebaikan!
Tampillah mengerjakannya dan wahai orang-orang yang hendak melakukan
kejahatan! Berhentilah dari
meneruskannya; (ketahuilah), Allah Taala banyak membebaskan orang-orang yang
dijanjikan dengan neraka - daripada memasukinya". Seruan dan keampunan
yang demikian, diberikan pada tiap-tiap malam (dalam bulan Ramadhan)." (1)
(Riwayat Tirmizi dan Nasa'i)
Bulan Ramadhan ialah bulan yang mulia dan diberkati Allah.
Tiap-tiap amal kebajikan yang dikerjakan padanya digandakan pahalanya.Dalam
hadith ini Rasulullah s.a.w. menyatakan: Apabila tiba bulan Ramadhan, malaikat
menyeru umat manusia menggunakan peluang yang baik itu dengan mengerjakan amal-amal
kebajikan lebih dari biasa dan sebaliknya mana-mana yang hendak melakukan
kejahatan janganlah mereka terdorong melakukannya.Malaikat juga menerangkan
dalam seruannya itu tentang kemurahan Allah Taala membebaskan orang-orang yang
berdosa yang dijanjikan dengan azab seksa. Mudah-mudahan peluang yang baik
dalam bulan yang mulia itu digunakan dengan sepenuhnya. (2)
-Diturunkan satu malam yang istimewa iaitu Lailatul Qadar
dimana malam yang lebih baik daripada 1000 bulan. Digandakan pahala amalam pada
malam tersebut.
-Diturunkan petunjuk bagi manusia iaitu Al-Quran pada bulan
Ramadhan.Oleh itu kita digalakkan untuk memperbanyakkan serta menggandakan
bacaan Al-Quran beserta maksudnya di bulan Ramadhan nanti.
-Ditutup pintu neraka dan dibukakan seluasnya pintu syurga.
-Syaitan tidak dapat menghasut manusia pada bulan
Ramadhan.Namun jika masih ada kejahatan yang dilakukan ia berpunca dari nafsu
diri sendiri.Mohonlah keampunan Ilahi di bulan Ramadhan yang mulia itu.
-Kegembiraaan orang yang berpuasa dengan ikhlas ketika
Ramadhan ialah bila tiba waktu berbuka puasa kerana dia dapat menghalang
dirinya daripada melakukan kejahatan.
-Setiap kebaikan itu dibalas dengan sepuluh kali ganda
sehingga 700 kali ganda kecuali ibadah puasa kerana ibadah puasa adalah milik
Allah dan Allah sendiri yang membalasnya.
-Barangsiapa yang berqiam Ramadhan dengan penuh keimanan dan
ihtisab (mengharapkan redha dan ganjaran Allah) akan diampunkan dosa-dosanya
yang telah lalu.
-(Riwayat lain)Barangsiapa yang berpuasa Ramadhan dan
berqiam Ramadhan dengan penuh keimanan dan ihtisab, ia akan keluar daripada
dosa-dosanya sepertimana hari ibunya melahirkannya .
-bau mulut orang yang berpuasa lebih baik di sisi Allah
daripada haruman kasturi.
(bole
tambah ag kalau rjin..thanks..)

No comments:
Post a Comment