Monday, 16 December 2013

Perjalanan Hidup di PASUM

Selamat Malam,

Sekarang, saya berhajat untuk mula menulis blog sikit-sikit. Maybe pos-pos yang akan datang ni pasal perjalanan hidup saya selama berada di PASUM. PASUM is Pusat Asasi Sains Universiti Malaya. For your information PASUM is the most tough Asasi in Malaysia. Sedikit pesanan untuk adik-adik lepasan SPM yang berhajat untuk masuk ke PASUM. Fikir lah betul2 dulu sebelum buat keputusan untuk masuk ke sini. Bersedia dari fizikal dan mental.

 Suasana di PASUM ni amat berlainan drpd suasana di sekolah dan di Matriks. Kalau di Sekolah dan Matriks, anda patut bersyukur kerana masih lagi terikat dengan peraturan.Jangan sesekali merungut dengan peraturan yang ditetapkan. Jika kita mematuhi segala peraturan, secara tidak langsung kita telah berusaha untuk mengawal tindak tanduk kita agar sentiasa berlaku baik. Kebebasan yang yang melampau akan merosakkan jika kita gagal membawa diri.

So, dipendekkan cerita saya mula menjejakkan kaki ke PASUM ni pada 25 MAY 2013 dengan result SPM yang pada saya boleh membuatkan saya sujud syukur setelah menerima result tu. Rasa bangga yang tidak terhingga sebab dapat masuk ke tempat yang lain dari yang lain(lain dr matriks dan tingkatan 6 je sebenarnye). Walaupun dah banyak khabar angin yang saya dengar tentang PASUM. PASUM susah la, unstandardized la n bla bla bla. Tp hati tetap bekeras juga nk masuk ke sana.

Lepas dah dapat restu mak ayah so dapat lah jugak ke sana. PASUM ni terletak dalam kampus UM je. Pelajar-pelajar asasi UM ni ditempatkan di Kolej kediaman 12. Alhamdulillah lepas beres semua urusan pendaftaran. Bermulalah kisah hidupku di Pusat Asasi Sains Universiti Malaya ni. Ikuti kisah seterusnya selang tiga hari kemudian. Sekian terima kasih.

No comments:

Post a Comment